Wednesday, June 24, 2009

Semalam adalah Hari Lahir aku yang ke 28. Buat teman-teman unit Sumber Manusia HTF, terima kasih bebanyak atas jamuan dan hadiah yang kalian berikan...kenangan bersama kalian tidak dapat dilupakannnn.
Tak lupa gak buat adik angkat suami aku, terima kasih atas nyanyian lagu hari lahir..boleh buat album nanti..
Semoga hari-hari yang mendatang akan lebih bermakna. Amin.....

Tuesday, June 9, 2009

HAKIKAT SEBUAH KEHIDUPAN....

Inilah kehilangan yang kita dakap
moga bisa kita mengutip setiap inci kehangatan
setiap zarah kekuatan
moga hari mendatang menghamparkan ketenangan
di antaranya membuka mata dan kalbu
hakikat alam dan hidup yang penuh sementara
moga ini menjadi jendela
membolehkan kita melihat keluar dari biasa
yang abadi, yang hakiki
satu perjalanan yang kita semua tujui
satu noktah yang abadi.

Sunday, June 7, 2009

SEHARUM BUNGA


Hidup ni sentiasa "seharum bunga" kalau dikelilingi oleh bunga-bungaan berbau...yang wangi la.

Tuesday, May 26, 2009

Buat Tatapan Semua....

Mengapa dicari secantik Balqis, andai diri tidak sehebat Sulaiman..Mengapa mengharap teman setampan Yusof jika kasih tidak setulus Zulaikha..Mengapa mengharap teman seteguh Ibrahim andai diri tidak sehebat Siti Hajar..Mengapa didambakan teman sehidup yang sempurna Muhammad jika ada keburukan pada diri..Bimbinglah dirinya dan terimalah kekurangan itu sebagai keunikan..Carilah kebaikan itu pada dirinya. Bersyukurlah kerana dipertemukan dengannya dan berdoalah dia milikmu..

Tuesday, May 12, 2009

BUAH HATIKU...


Ni gambar anak aku. gambar lama punya. la ni dah 2 tahun 4 bulan..anak aku ni cepat "pikap". kalau silap cakap ja, dia mesti dok ulang perkataan tu. Bila tanya nak keja pa? dia mesti jawab nak jadi doktor...la ni baru boleh kira 1-10.

percubaan


assalamualaikum...